SK Bakap menggegar di MSSD

Kontinjen olahraga SK Bakap telah menunjukkan tahap pencapaian membanggakan apabila mencapai kejayaan membawa pulang 1 emas 1 perak dan 2 gangsa dalam kejohanan olahraga MSSD Kinta Selatan yang telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Kampar pada 05.04.10 sehingga 09.04.10. Kejayaan tersebut dicapai melalui Husna yang beroleh emas dalam acara lompat jauh (P) bawah 12 tahun dan . bagi acara 100 m (P) bawah 12 tahun. 2 gangsa pula diperolehi melalui acara lontar peluru (P) bawah 11 oleh Nurliyana Shahira dan acara lompat jauh (P) bawah 11 tahun oleh adik Aqilah bt Ismail. Pungutan 1 emas, 1 perak dan 2 gangsa telah meletakkan SK Bakap berada pada kedudukan ke 8 daripada 60 buah sekolah sekitar daerah Kinta Selatan. Tahniah diucapkan

Bolasepak bawah 12 Tahun cipta sejarah

Pada 01.04.2010, bertempat di padang SK Sultan Yussuf, pasukan bolasepak SK Bakap telah menampilkan aksi yang amat membanggakan dalam kejohanan bolasepak bawah 12 tahun peringkat zon apabila layak ke pusingan kedua buat pertama kali dalam sejarah penyertaan. Dalam kejohanan tersebut, SK Bakap telah menewaskan SK Tg Tualang dan SK Siputeh dengan jaringan 2 – 0 untuk layak ke pusingan kedua. Dalam pusingan kedua, tuah seakan tidak menyebelahi SK Bakap apabila tewas dengan jaringan minit akhir permainan 1 – 0 kepada SK Srijaya sebelum mencatat keputusan seri 0 – 0 ketika menentang SK Toh Indera Wangsa Ahmad, menamatkan hasrat untuk ke separuh akhir.

Kem Bestari Solat Fasa 1 Dan Motivasi Murid

Pada 23.03.2010Kem Bestari Solat Fasa 1 telah djalankan dengan jayanya bermula jam 8 pagi dan berakhir  jam 12.30 tengahari. Kem ini membabitkan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 4. Penglibatan 100% guru dalam program ini telah melancarkan perjalanan kem ini. Serentak dengan itu semua murid Tahun 5 dan 6 pula terlibat dalam program motivasi di dewan SK Bakap. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada En Arman b Lukmanal Hakim dari SK Jalan Pegoh yang telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Pengurusan Masa’ dan Pn Faezah bt Jamaluddin dari SK Sg Rokam dengan ceramahnya yang bertajuk ‘Teknik Belajar’ pada program tersebut.

Ucapan Takziah

Warga SK Bakap mengucapkan takziah kepada Ustaz Mat Yusri b Md Saad salah seorang tenaga pengajar SK Bakap di atas pemergian ke rahmatullah bonda tercinta pada 20.03.2010 jam 8.25 pagi. Semoga roh Allahyarhamah di cucuri rahmat dan ditempatkan di sisi Allah bersama-sama mereka yang beriman. Alfatihah……

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-25

Pada 7hb Mac 2010, temasya olahraga tahunan kali ke-25 telah selamat dijalankan dengan meriah bermula jam 8.30 pagi dan ditamatkan dengan jayanya jam 12.45 tengahari. Yang Berusaha, Kapten Dr Hj Damanhuri b Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan telah sudi hadir memberikan ucapan seterusnya merasmikan temasya olahraga tahunan kalii ke-25 tahun 2010. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan berbesar hati di atas kehadiran tuan PPD yang sanggup bersama dari awal hingga ke majlis penutup temasya olahraga ini.

Takziah

Warga SK bakap mengucapkan takziah kepada Pn Rozina bt Mat Zain salah seorang tenaga pengajar SK Bakap di atas pemergian ke rahmatullah bapa tercinta pada 27.01.2010 jam 8.45 pagi. Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat dan ditempatkan di sisi Allah bersama-sama mereka yang beriman. Alfatihah……

Mesyuarat Agong PIBG ke 31

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-31 SK Bakap telah dijalankan pada 23.01.2010 bermula jam 8.45 pg dan selesai jam 12.45 tgh dalam suasana kekeluargaan. Tahniah kepada YDP PIBG baru En Musa b Mansor, NYDP PIBG En. Taib b Ibrahim serta semua AJK baru dan lama untuk sesi 2010 / 2011.